Tuesday, January 15, 2013

By Farrah Arbain. (':

Assalammulaiku.

Okay, tadi saja je jalan jalan baca blog kawan saya, Farrah. She had a hard time, but she made it stay together so far and stay strong. (;
Dont get it wrong, ini bukan pasal saya, atau mengenai dia. Ini hanya penulisan seorang insan yg mempunyai hati dan kata hati untuk di kongsi bersama.. (;

So, what I about to post is her works. Pretty good. Her words and meaning make sense. (;

Berlari menuju destinasi


Lari lari lari
Berbulan bulan aku berlari
Ingin sampai ke destinasi
Aku berlari laju
Walapun ada persinggahan
Asalkan sampai ke destinasi
Lari lari lari
Aku lihat sekeliling
Langkahku terhenti
Melihat diriku masih di tempat lama
Aku mula runsing
Adakah aku sudah sesat?
Di mana jalan yang sepatutnya aku lalui?
Kenapa aku masih di takuk yang lama?
Sedangkan aku berusaha untuk lari
Lari dari masa lampau
Lari dari sebuah cerita
Aku mula letih
Kerana ia tak membuahkan hasil
Aku mula rebah
Kerana ku tiada daya lagi
Aku mula sedih
Kerana aku gagal
Walaupun berkali kali aku cuba untuk lari
Tapi aku tahu aku tak boleh berputus asa
Aku mesti sampai ke destinasi
Aku bangkit
Aku mulakan langkah
Dengan semangat baru
Dengan sokongan teman
Aku meneruskan larikan
Tapi aku lupa
Untuk bawa hatiku bersama

Lihatlah.


Lihatlah
Aku bisa mendengar tanpa telingamu
Aku bisa melihat tanpa matamu
Aku bisa menghidu tanpa hidungmu
Aku bisa bercakap tanpa mulutmu
Aku bisa merasa tanpa tanganmu
Aku bisa berdiri tanpa kakimu
Aku bisa makan tanpa suapanmu
Aku bisa bangun tanpa sokonganmu
Aku bisa tidur tanpa dodoimu
Aku bisa berjaya tanpa doamu
Aku bisa berjalan tanpa papahanmu
Aku bisa tersenyum tanpa jenakamu
Aku bisa menangis tanpa bahumu

Kerna masih ada lagi yang sudi  berkongsi telinganya, matanya, hidungnya, mulutnya,tanganya, kakinya, suapannya, sokonganya, dodoinya, doanya, papahannya, jenakanya dan bahunya kepadaku
Syukur Alhamdulillah tuhan telah kurniakan mereka dalam hidupku
Walaupun ia tak sama seperti apa yang telah kau beri
Aku masih diberi peluang untuk meminjam

Ingatlah aku yang dahulu, lihatlah aku sekarang.

Sampai bila......

Duduk aku ditepi jendela
Melihat manusia berjalan meneruskan kehidupan
Ada yang gembira
Ada yang sedih
Ada yang perlahan
Ada juga yang tergesa gesa
Suasana petang yang sayup
Sesayu hatiku membuatkanku teringat kisah lama
Cerita cinta yang pernah aku lalui
Tiba tiba fikiranku melayang ke suatu tempat
Tempat yang penuh dengan kenangan
Tempat dimana pertama kali kita meluangkan masa bersama sama
Perasaanku bercampur baur
Sayang, benci, rindu, sedih dan gembira
Belum sempat aku menahan
Beberapa titis air mataku jatuh ke pipi
Tidak aku sangka
Aku masih mempunyai air mata untuk ditangiskan kernamu
Walaupun telah lama ia berlalu
Tidak aku sangka
Semuanya berubah dalam sekelip mata
Yang tinggal hanya kenangan dan janji yang tidak dikotakan
Aku bertanya kepada hati ini
"Sampai bila?"
Tersenyum sendiri dibuatnya
Kerna aku masih belum pandai hendak menipu hatiku
Segala nasihat sahabat sahabatku bermain diminda
Aku sedikit lega
Tapi hanya untuk seketika
Aku bertanya lagi kepada diriku
Apakah maksud semua ini
Adakah dia masih lagi bertahta dihatiku?
Ah bodoh rasanya
Dia sudah menjadi milik orang lain
Dan bakal mendirikan masjid
Aku patut bersyukur kerna dia bahagia
Bukankah itu yang aku mahukan?
Bukan menangis meratapi nasib
Lagi sekali aku gagal menipu

No comments:

Post a Comment