Monday, June 1, 2015

Awak MIAR

Assalammualaikum.

Saya tahu awak busy, saya tahu tanggungjawab awak besar. Awak banyak commitment. Kerja. Family. Hidup awak. Saya faham, saya cuba sehabis baik faham keadaan awak sekarang. Tapi, awak kena la faham jugak yang kadang kadang saya pun perlu perhatian awak tanpa perlu saya usaha. Saya perlu masa awak tanpa perlu saya berebut dengan orang lain. Saya nak jugak rasa saya penting dalam hidup awak. Bukan sentiasa, cuma kadang kadang. Asal kan saya tahu, saya penting dan layak ada dalam hidup awak.
Awak kena tahu, dulu saya pernah sayang orang macam saya sayang awak sekarang. Tapi dia pergi tinggal kan saya untuk perempuan lain. Dan sekarang, saya tahu ada perempuan lain suka dekat awak. Apa saya nak buat ? Tak kan nak marah dia sebab suka dekat awak ? Paling paling pun, saya boleh tengok dari jauh je. Kalau awak bagi respond, saya kena undur diri la kan ? Saya kena lepas kan awak la kan ? Macam tu je ke ? Macam mana saya lepas ex saya dulu sebab perempuan tu out spoken said that she like him. And surprisingly he do like her back. Do I have to do the same to get to your attention ? Nampak desperate sangat macam tu. Saya bukan macam tu. Tapi,kalau awak kenal saya. Bahasa kiasan saya dah banyak bagi hint dekat awak. Semua twitter saya, banyak cakap pasal awak. Awak amik tahu dengan tak amik tahu je. Yelaaa, tapi awak lain. Awak tak faham kiasan. Awak kena direct. Tapi saya bukan direct, but if I have to be direct, I will. 
Saya cuma nak awak tahu, you have a place in my heart. Itu je. Saya tahu awak tak baca, mana la tahu. Kalau jodoh kita, awak jadi yang halal untuk saya. Awak boleh baca benda ni. Bahan saya sampai ke tua. HAHA. Berangan takk sudah seorang Didy. HAHA.
Selamat hari Isnin. 
May peace be upon you. Always. (;

Thursday, April 30, 2015

NAK TAHU JE

Assalammulaikum.

Kadang kadang aku cuma nak tahu. Dekat mana aku berdiri. Depan kau ? Atas kau ? Belakang kau ? Atau sama sama dengan kau. Aku nak tahu tu je. Terima kasih.

Wednesday, April 8, 2015

JANGAN

Assalammualikum.

Nak bagitahu. Jangan pernah ada pernah ada perasaan dekat bestfriend sendiri.
Bila fikir pasal benda ni. Asik nak nanges je. Sebab confuse dengan peresaan sendiri. Jadi, elak. Kalau boleh jangan. Jangan ada perasaan dekat your own bestfriend.
Tapi yela, kau bukan boleh kawal perasaan kau. Lagi lagi rasa sayang kau.
Sudah laaa. Aku cuma bagitahu perasaan aku. Yang nyata sedang bercelaru.
Selamat malam dunia.

Assalammualaikum.

Friday, April 3, 2015

PERASAAN

Assalammualaikum.

Perasaan ni, sangat subjective. Sebab dia boleh berubah ikut suka hati dia.
Sekejap kau suka, sekajap tidak. Macam sekarang. Perasaan aku membuak buak post.
Hari hari aku post. Sebab ? Sebab kalau aku tak cerita. Aku pendam. Bila aku pendam, aku yang terbawak bawak. Benda simple je kadang kadang.
Apa yang aku tahu, jiwa aku macam ni. Perasaan aku selalu berubah macam ni. Sebab aku tak jaga hubungan aku degn DIA. DIA yang dekat atas tu. Selalu sangat abai, hujung waktu. Macam mana nak dapat ketenangan macam tu. Kan ? 

Cuba berubah. Tahu bukan senang. Doa. Hari hari. In shaa Allah. Permudah segala.
Kadang kadang bila fikri dosa sendiri. Allahuakbar. Sebab tu la macam ni. Susah nya nak tenang.
Marah, paling senang. 
Cerita ni pasal aku, bukan aku buka aib aku. Cuma aku nak bagitahu.
Perasaan tenang tu akan datang, kalau kau jaga hubungan kau dengan DIA dan hubungan kau sesama manusia. Dunia ni pinjaman semata. Bila Allah kata dia nak amik balik, sekelip mata boleh jadi. Jodoh. Ajal. Rezeki. Semua DIA dah tentu kan. Kau tinggal usaha. Percaya. 

May peace be upon you.
Aku percaya, jodoh aku dah ada. Cuma sekarang aku tak nampak lagi. 
Mungkin Allah nak ajar aku sabar. Ingat DIA selalu. (':

Thursday, April 2, 2015

TERASA

Assalammualaikum.

Hai. Awak tak rasa ke ? Ke saya je yang terasa ?
Awak tak nampak perubahan ke ? Ke saya memang tak berubah ?
Awak tak terasa ke kita jauh ? Atau mungkin saya yang menjauh.
Tapi, awak tak kejar pun. Awak sama ikut menjauh. Awak tak cuba. Mana awak nak tahu.
Awak mungkin belum bersedia. Sebab itu hati saya boleh berbelah bahagi.
antara awak dan dia. Tapi, kalau awak ada kesugguhan. Hati saya pasti pada awak.
Sebab walaupun atau sedang ketika saya tunggu kesungguhan awak, masih ada lagi sedikit sisa, sisa paling dalam di hati yang cakap, saya suka dia.

Mungkin petanda. Mungkin itu takdir nya.
Awak rasa ? Saya terasa ?

Wednesday, April 1, 2015

PLENTY

Assalammualaikum.

Hai semuaorang. Saya dah start class. Dan GST pun dah start jugek. HAHAHA.
As for now, class okay je. Dah ada one presentation and 2 Tutorial. Baru frist week okay ? HAHA. 

The thing is, sometimes we got plenty of thing to said. Bunch of word we gonna use. Lagi lagi pasal issue semasa ni . Which is GST. Sebelum kau nak bukak mulut, sebelum kau nak menyuarakan pendapat. Buat research dulu. Study habes habes apa benda yang kau nak bahas kan tu. So that, bila kau bercakap. Kau tak nampak bodoh or BIAS. Aku pun bercakap jugak. Tapi, bercakap dengan kawan kawan aku je laaaa. Nak cerita banyak pun aku  bukan amik tahu sangat. Just share apa aku rasa dengan kawan kawan. Sebab apa ? Sebab aku tak nak nampak bodoh dan jaga perasaan orang lain. Apa orang lain fikir. Paham ? Kau duduk dekat bumi Allah ni, bukan sorang sorang. Kau berkongsi. Orang ada pendapat. Kau ada pendapat. Yang sibuk nak salah kan pendapat orang lain kenapa ? Nak cakap kau je yang betul kenapa ? Kesian tahu ?
Okay, habes. JOM. Study pasal GST. Dah paham. Baru bahas. Kalau kau dh tahu fakta. Kau nak bersuara lantang pun aku tak kesah. Cuma jangan la buat perangai tunjuk bagus kau tu. Macam tin kosong. Bising. Bingit. Akhirnya. KOSONG. Bila aku cakpa macam ni, nanti ada yang cakap, aku pulak macam bagus. Lantak laa. Yang penting apa yang aku nak cakap, kau kena tahu serba sedikit pasal benda tu. Macam kau nak buat cake. Kau ada resepi, kau ada bahan. Tapi kau tak tahu cara nak buat cake tu. Ending dia ? Tak jadi cake, jadi benda lain. Sama la macam information. Kau ada bahan bahan dia, tapi kau tak tahu cara dia. Flow dia macam mana. Salah interpretation, information jadi mislead. Ehhhhh, dah macam merepek. Tapi, itu la dia. Kita, kalau nak bagitahu fakta atau information dekat orang, biar kita tahu habes habes pasal benda tu. Baru benda yang dah sedia ada celaru tak makin celaru. Okay ? Aku bercakap ni pun, macam bercakap depan cermin. Kadang kadang nak tunjuk aku lagi bagus dari kawan kawan aku. Boleh dah rasa nya ubah perangai tu sekarang. In Shaa Allah. Sama sama lah ubah. Period.

May peace be upon you. 
Ye, saya masih suka dia. Kawan baik saya yang satu itu.
Dan ye, masih menyimpan perasaan dan cuba untuk lupakan perasaan itu.
Semoga saya berjaya. 

Tuesday, March 24, 2015

UNEXPECTED

Assalammualaikum.

Hai, saya lagi. 
Tinggal few days je lagi cuti semester. Lepas tu start class balik. Back to normal routine again. But I feel bless with that. Alhamdulillah. 
Unexpected things do happen. Bila kau tak jangka yang kau sebenarnya simpan perasaan dekat kawan baik kau sendiri. Kau deny benda tu sebab you know it will never happen. Keep denying the feeling you have for him. Unexpected kan ? Perasaan ni memang kita tak boleh nak kawal pun. Kawal la macam mana pun, sama je pergi dia. 
Tak pernah suka. Tak pernah terdetik akan suka sampai macam ni. Jadi, simpan. Pendam. Masa tentu kan segalanya, sampai masa dia akan kahwin. Aku juga akan kahwin. Kita tengok jodoh nya macam mana. Cuma sekarang, fikiran aku ligat fikir kan dia. Dia yang aku hanya boleh pandang dari jauh. Dekat bila luangkan masa sama sama sebagai KAWAN dan tidak akan lebih daripada itu. Buat pertama kali aku tak sabar nak start class sebab aku taknak fikir benda ni. Busy kan diri dengan classes, assignment and everything that is more important. I hope so. Im not denying my feeling, I just dont wanna put any hope that I can be with him. Buakan ke itu nama nya cari penyakit ? Benda tak pasti, letak harapan tinggi mengunung kenapa ? Saya nak sakit kan hati sendiri ke ? The thing is, if only he knows how my feeling, than things will be less complicate. Kann? 
Pada masa yang sama, aku abaikan dia. Dia yang aku kenal almost dua tahun. Sebab dia yang aku tak kan dapat. Kau rasa ? Aku harap dia tahu, kita masih berkawan.Tapi hanya setakat itu. Dan aku perlu kan ruang dan masa untuk diri sendri. Banyak sangat masa aku luangkan dan habes kan demi kepentingan orang lain. Hati dan perasaan orang lain. Sekarang masa untuk diri sendiri. Mungkin. Tapi, kalau ada jodoh aku dengan dia. Aku terima dengan hati yang terbuka. Tapi buat masa sekarang ni, aku serah kan pada masa dan takdir. In shaa Allah segalanya ada hikmah dan ada jalan yang terbaik untuk semua. 
Kebarangkali benda yang kita tak jangga akan jadi dekat hidup kita ni ada. Mungkin dalam peratusan yang sedikit atau banyak. Kita tak tahu, tapi bila benda tu jadi. Kita kena terima dengan hati yang terbuka. Cari jalan macam mana nak atasi apa yang telah berlaku. Syukur dengan nimat Allah. Redha dengan dugaan yang akan datang. In shaa Allah. 
Alright then, have a great evening. GoodNight. Assalammualaikum. 

Monday, March 23, 2015

It is you all the time. I think.

Assalammualaikum.

Pernah rasa, hari ni kau sayang dia, tetiba besok perasaan kau hilang. Tak pun tetiba kau ada doubt about your relationship with him. Pernah rasa macam tu ? Aku, selalu rasa. Selalu sangat. Punca ? Kawan aku cakap, hati aku rapuh. ehhh, apa ingat hati aku biskut ? Haha. Jujur, aku memang senang suka dekat orang. Senang sangat. Tapi, aku senang jugak benci orang. Kadang kadang suka dengan benci sama naik.Haha. Post sebelum ni, aku cerita pasal aku dengan seorang lelaki. Kenal dh almost 2 years. hari tu post dh kenal 1 year kan, so ni kira dah hampir 2 tahun aku kenal dia. Aku nak cakap apa ? Dia datang masa aku perlu kan kawan ke ? Kebetulan time tu aku memang tengah celaru dengan hidup kot. Entahhhhhhhhhhhhh. The thing is, dulu aku peminat setia dia. A morning text is a must. Nampak aku terhegeh hegeh. But lately ni, perasaan tu hilang. Perasaan aku jadi batu. Keras. Dia msg tak rasa apa. Teruja takde. Suka takde. Gembira takde. Takde rasa apa laaaa. Serious aku sekarang ni tengah merepek tahap dewa dewi punya merepek. I just want you to know that, sometimes people have their limits in everything. So do I. Hati aku sekarang ni rasa kosong. Tak rasa apa. Sedihhhh. Aku akan cakap, mood swing macam ni sebab bulan nak mengambang. Tapi, kadang kadang tak jugak. Cuma nak sedap kan hati sendiri je. Cari la macam macam alasan. Kan ? Manusia, biasa la tu.
Tapi perasaan tak, apa kaitan tajuk dengan apa yang aku dh merepek ni. Takde kaitan kan ? Ada satu. Ada seorang manusia. Yang mula nya hanya seorang kawan. Yang kau sangat sangat sangat selesa berkawan, dan tetiba kau mula suka, kau mula sayang dan kau jatuh hati dekat dia. Tapi, kau rasa kau tak layak untuk dia. So, kau lupa kan apa yang kau rasa. Masa tu la datang dia (budak yg aku cerita tadi). So, aku lupa perasaan tu. Perasaan yang aku sebenarnya suka dekat dia. Tapi, baru baru ni, perasaan tu datang balik. NO. Perasaan tu tak pernah pergi pun. Dia just datang hilang. Datang hilang, Sebab aku sendiri malas nak fikir. Sebab I knew him to well. Dia tak kan pandang aku lebih dari seorang kawan. Complicated kan ?
Stop sampai sini dulu. Nanti aku luah lagi. Sebab nak cerita, aku tak tahu nak start macam mana. Cuma aku tahu, aku bahagia bila dia dekat dengan aku. Jadi diri sendiri. Tapi aku tahu, benda ni tak pasti. Benda ni, entah laaa.
Assalammualaikum.