Monday, June 1, 2015

Awak MIAR

Assalammualaikum.

Saya tahu awak busy, saya tahu tanggungjawab awak besar. Awak banyak commitment. Kerja. Family. Hidup awak. Saya faham, saya cuba sehabis baik faham keadaan awak sekarang. Tapi, awak kena la faham jugak yang kadang kadang saya pun perlu perhatian awak tanpa perlu saya usaha. Saya perlu masa awak tanpa perlu saya berebut dengan orang lain. Saya nak jugak rasa saya penting dalam hidup awak. Bukan sentiasa, cuma kadang kadang. Asal kan saya tahu, saya penting dan layak ada dalam hidup awak.
Awak kena tahu, dulu saya pernah sayang orang macam saya sayang awak sekarang. Tapi dia pergi tinggal kan saya untuk perempuan lain. Dan sekarang, saya tahu ada perempuan lain suka dekat awak. Apa saya nak buat ? Tak kan nak marah dia sebab suka dekat awak ? Paling paling pun, saya boleh tengok dari jauh je. Kalau awak bagi respond, saya kena undur diri la kan ? Saya kena lepas kan awak la kan ? Macam tu je ke ? Macam mana saya lepas ex saya dulu sebab perempuan tu out spoken said that she like him. And surprisingly he do like her back. Do I have to do the same to get to your attention ? Nampak desperate sangat macam tu. Saya bukan macam tu. Tapi,kalau awak kenal saya. Bahasa kiasan saya dah banyak bagi hint dekat awak. Semua twitter saya, banyak cakap pasal awak. Awak amik tahu dengan tak amik tahu je. Yelaaa, tapi awak lain. Awak tak faham kiasan. Awak kena direct. Tapi saya bukan direct, but if I have to be direct, I will. 
Saya cuma nak awak tahu, you have a place in my heart. Itu je. Saya tahu awak tak baca, mana la tahu. Kalau jodoh kita, awak jadi yang halal untuk saya. Awak boleh baca benda ni. Bahan saya sampai ke tua. HAHA. Berangan takk sudah seorang Didy. HAHA.
Selamat hari Isnin. 
May peace be upon you. Always. (;