Tuesday, November 9, 2010

best, tak best. seronok, tak seronok.

best, bila semua orang suka kita, nak kawan dengan kita atas dasar ikhlas.
tak best, bila orang hanya berkawan dengan kita kerana hanya untuk mengambil kesempatan atas diri kita.
seronok, bila hidup ni dijalankan tanpa ada dugaan yang membuat kan kita rasa kadang kadang ya ALLAH terima kasih kerana mempermudahkan jalan hambaMU ini.
tak seronok, bila dugaan tu datang secara bertubi tubi sehingga terdetik, ya ALLAH beratnya dugaan yang kau berikan. tapi, nama pun kehidupan.

best, bila apa yang kita ingin capai dalam hidup tercapai dengan sempurnanya.
tak best, bila keingin kita dihalang oleh orang orang yang cuba menjatuhkan kita. memang lah kita tak kan semudah itu untuk mengalah kan?? tapi bukan mudah untuk kita bangkin dari kejatuhan.
seronok, bila apa yang kita nak capai tu boleh dikongsi dengan orang yang kita sayang. 
tak seronok, bila orang yang kita sayang kadang kadang tak pernah sokong apa yang kita buat, hanya mampu mengkritik dan memburukkan usaha yang kita lakukakn. layak ke kau di gelar orang yang aku sayang?? 

best, bila bersama keluarga menghabiskan masa di hujung minggu bersam sama. keadaan yang tak dapat digambarkan dengan kata kata. bahagianya.
tak best, bila kena balik segamat dan kena pergi class dan menyiapkan assigment yang sangat lah "sikit" kuantiti dia.
seronok, bila ada kat segamat lepak dengan kawan kawan. tapi tak lupakan pelajaran. ( ayat tak nak kalah! ) HAHA! 
tak seronok, bila kawan kawan tak nak faham yang kita kadang kadang perlukan masa untuk bersendirian.

best, bila baca blog orang yang sangat berbakat dalam menulis/menaip. dieorang sangt bebakat macam one guy nie, he have quite a talent.
tak best, bila baca blog yang hanya reti nak mengutuk orang dan memburuk kan orang, tak pun gaduh dalam blog. sungguh lah keanak anakkan. gunakan lah kelebihan yang ada tu arah yang lebih productive.
seronok, bila banyak input yang kita dapat dengan hanya dengan membaca blog. 
tak seronok, bila buka blog orang tetibe ada ayat tak sedap dan tak best untuk di baca.

best, bila final paper dah nak habis.
tak best, bila kena berpisah dengan kawan kawan kat UiTM ni. mesti rindu.
seronok, bila dah nak balik rumah untuk cuti semester. boleh jumpa dan lepak bersama kawan kawan. rindunya.
tak seronok, bila balik rumah akan buat rutin harian yang sama setiap pagi, kecuali weekends. 


bahana bila; banyak sangat benda yang best, tak best, seronok dan tak seronok yang jadi kat dalam kehidupan ni kan. jadi merepek lah kat blog ni. anda bagaimana?? :)

No comments:

Post a Comment